Hafizh Syahrin terharu TMJ sedia hulur bantuan

Iklan
Hafizh Syahrin merekodkan lapan mata selepas mengharungi tujuh pusingan perlumbaan Moto2 musim ini.

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui teruja dan terharu apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan minat untuk menajanya dalam mengharungi Kejuaraan Motosikal Dunia.

Pelumba berusia 27 tahun yang terkenal dengan gelaran El Pescao itu berkata, ia sudah pasti meningkatkan motivasinya dalam menghadapi perjalanan karier yang semakin sukar sejak 2019.

Iklan
Iklan

"Tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan ini, kata-kata positif baginda memberikan saya semangat untuk teruskan dalam sukan permotoran ini. Kita pun tahu semua negara dilanda pandemik Covid-19, jadi ada sponsor tarik diri dan tidak dapat beri sokongan 100 peratus.

"Buat masa ini, saya memang guna duit poket saya sendiri, beli tiket kapal terbang, latihan dan tempat tinggal. Perkara-perkara begini menyukarkan keadaan saya, apapun saya buat yang terbaik bersama pasukan NTS RW Racing GP.

Iklan

"Pasukan ini sangat positif dan mempunyai motivasi tinggi. Mereka inginkan pembangunan dan mengambil informasi yang saya berikan, walaupun tidak banyak tetapi mereka kini makin ke depan dan dalam setiap perlumbaan, kami menunjukkan peningkatan,” katanya.

Tunku Ismail bertitah demikian dalam reaksi balasnya terhadap satu soalan yang dilontarkan seorang pengguna Instagram Sabtu lalu mengenai sama ada baginda berminat untuk menaja Hafizh Syahrin.

Iklan

Menjawab soalan berkenaan, Tunku Ismail berkata:"Mungkin saya akan cuba membantu, tak banyak pun sikit saya akan bantu untuk dia mengejar cita-citanya dan boleh membanggakan negara serta diri sendiri.

"Bukan dia seorang saja atlet yang pernah saya bantu. Macam contoh Farkhan (Haron), pentinju di Johor pun saya bantu juga. Ramai atlet yang orang kata ada keazaman untuk cuba sebaik mungkin berjaya dalam industri mereka. Saya kagum dengan sikap mereka dan jikalau boleh bantu, saya bantu," ujarnya.