KBS tunggu makluman rasmi

Iklan
Reezal Merican

KEMENTERIAN Belia dan Sukan menunggu pengesahan serta makluman rasmi berhubung laporan media yang mengatakan Malaysia tersenarai sebagai antara 10 negara yang berkemungkinan tidak dibenarkan menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, laporan berkenaan difahamkan berkaitan dengan senarai 159 negara yang dihalang memasuki Jepun sebagaimana yang dimaklumkan oleh pihak Kementerian Luar Jepun.

Iklan
Iklan

"Saya ambil maklum berkenaan laporan media mengenai 10 negara yang berkemungkinan tidak dibenarkan menyertai temasya Olimpik Tokyo 2020, termasuklah Malaysia.

"Siaran pemakluman tersebut juga turut menyentuh pengecualian yang boleh diberikan kepada beberapa kategori rakyat asing termasuklah ‘athletes and other persons concerned with Olympic and Paralympic Games Tokyo 2020.’

Iklan

"Sehubungan itu, saya telah mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) supaya berhubung dan berbincang dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) serta semua pihak yang berkaitan untuk mendapat pengesahan dan maklumat berhubung perkara berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Selasa.

Sementara itu, Reezal Merican memaklumkan, momentum persiapan atlet negara berada pada tahap yang baik ketika ini termasuklah persediaan latihan fizikal dan mental ke temasya Olimpik Tokyo 2020 yang akan bakal berlangsung dalam tempoh 46 hari sahaja lagi.

Iklan

Katanya, selain persiapan terbaik untuk atlet, pihak KBS akan sentiasa memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan atlet, jurulatih serta pegawai yang terlibat.

"KBS juga sentiasa berhubung rapat dengan pihak Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di Jepun bagi mendapatkan sebarang perkembangan lanjut.

"Sebarang perkembangan terkini berhubung perkara berkenaan akan dimaklumkan dari masa ke masa,” katanya.