MBSB tawar bantuan kewangannya akibat PKP 3.0

Iklan
MBSB

SHAH ALAM - MBSB Bank Berhad (MBSB) sedia membantu individu dan perniagaan pelanggannya yang mempunyai masalah kewangan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

MBSB dalam satu kenyataan berkata, ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bahawa kumpulan yang terjejas disebabkan kehilangan pekerjaan harus diberi pilihan untuk mendapatkan moratorium tiga bulan atau pengurangan jumlah pembayaran bulanan.

Iklan
Iklan

Menurut MBSB, pihaknya akan memberi bantuan pembayaran balik yang akan ditawarkan kepada pelanggannya, individu yang terlibat dalam perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terjejas.

"Bantuan ini tersedia bagi mereka yang telah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Iklan

"Mereka layak menerima moratorium tiga bulan atau dikurangkan 50 peratus pembayaran bulanan selama enam bulan yang mana perniagaan mikro dan PKS yang terjejas juga boleh memohon,” katanya pada Selasa.

Selain itu juga, memahami keadaan pelanggan mereka yang mengalami pengurangan pendapatan bulanan, individu yang terjejas boleh memilih untuk mengurangkan pembayaran bulanan sesuai dengan pengurangan pendapatan mereka selama enam bulan.

Iklan

Tambahnya, MBSB Bank turut memberikan bantuan kepada pelanggannya dari kumpulan M40 dan T20, sekiranya mereka telah menganggur pada tahun 2020 atau pada tahun 2021 juga boleh memohon moratorium tiga bulan atau 50 peratus pengurangan pembayaran bulanan selama enam bulan.

Dalam kenyataan yang sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, pihaknya berdedikasi untuk menyokong pelanggannya pada masa yang mencabar dan akan memastikan bantuan yang diberi dapat digunakan dengan cara yang mudah.

"Kami ingin mendorong pelanggan supaya menghubungi kami dan mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan yang layak mereka terima."

"Pada 31 Mei 2021, MBSB Bank telah meluluskan 76.139 permohonan pelepasan kewangan termasuk penstrukturan semula dan penjadualan semula kemudahan untuk PKS di seluruh negara, dengan baki kasar RM9.13 bilion,” katanya

Tambahnya, pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MBSB Bank di talian 03-2096 3000 sementara syarikat mikro dan PKS digalakkan menghubungi pengurus hubungan MBSB Bank untuk perundingan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan mereka.

Sebagai alternatif, mereka boleh mengunjungi MBSB Bank di laman web www.mbsbbank.com.