Pemandangan indah semasa sang suria mula terbenam dapat dilihat berhampiran sebuah resort penginapan di perairan pantai Port Dickson hari ini.
Hari Lautan Sedunia merupakan insiatif masyarakat dunia untuk mengiktiraf fungsi serta peranan lautan kepada kehidupan manusia, hidupan marin serta flora dan fauna di atas muka bumi.
‘The Ocean: Life and Livelihoods’ atau ‘Lautan: Kehidupan dan Penghidupan’ menjadi tema bagi sambutan Hari Lautan Sedunia 2021 yang disambut pada 8 Jun setiap tahun. - Bernama