Presiden Perancis kena tampar

Iklan
Tangkapan layar rakaman insiden itu yang telah menjadi tular di media sosial. - Foto Agensi

PARIS - Presiden Perancis, Emmanuel Macron ditampar seorang lelaki ketika beliau mengadakan lawatan ke tenggara negara itu pada Selasa.

Rakaman disiarkan saluran berita BFM menunjukkan pemimpin tersebut menghampiri orang ramai yang dipisahkan dengan penghadang untuk bersalaman dengan individu tersebut yang kemudiannya bertindak menampar mukanya secara tiba-tiba ketika kejadian di perkampungan Tain-I'Hermitage di wilayah Drome.

Iklan
Iklan

Pengawal peribadi beliau bertindak segera menahan lelaki tersebut dan melindungi Macron untuk mengelakkan sebarang kejadian lebih buruk.

Susulan insiden itu, dua individu telah ditahan pihak berkuasa. - AFP

Iklan
Iklan