NEW YORK - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) berjaya menggunakan sebuah dron buatan Boeing untuk mengisi minyak sebuah jet tempurnya di ruang udara negara itu, kata syarikat pembuat pesawat tersebut pada Isnin.
Dron MQ-25A Stingray yang turut dikenali sebagai T1 itu berlepas dari sebuah lapangan terbang di Mascoutah, Illinois sebelum melakukan operasi mengisi minyak tersebut.