Anwar tiba di Istana Negara menghadap Agong

Iklan
Kenderaan yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki pintu 2 Istana Negara sekitar jam 10.37 pagi.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu.

Kenderaan yang membawa beliau memasuki pintu 2 Istana Negara sekitar jam 10.37 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Terdahulu, media melaporkan tentang pertemuan melibatkan ketua pemimpin parti menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bermula 9 hingga 11 Jun.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 8.56 pagi tadi.

Iklan

Dua lagi pemimpin parti dari Parti Amanah Rakyat (Amanah) dan DAP dijangka turut menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PM tinggalkan Istana Negara selepas sejam menghadap Agong

Iklan