Petugas barisan hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) memasukkan jenazah ke dalam kenderaan jenazah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk proses pengebumian bagi yang beragama Islam dan dibakar bagi bukan Islam.
Kadar kematian akibat Covid-19 yang tinggi di Malaysia akhir-akhir ini bukan hanya meruntun jiwa banyak pihak, tetapi turut menyebabkan IPFN berdepan situasi getir apabila mengalami masalah tunggakan dalam pengurusan mayat akibat wabak itu dan kes kematian bukan Covid-19. - Foto Bernama