Buruh binaan didakwa lakukan jenayah seksual

Iklan
Mohamad Aidil Ikwan (tengah) dikawal polis keluar dari lokap menuju ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU - Seorang buruh binaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dakwaan melakukan kesalahan seksual terhadap seorang remaja perempuan tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Aidil Ikwan Ahmad, 20, didakwa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap mangsa yang berusia 16 tahun 10 bulan di sebuah bilik dalam rumah di Kampung Dalam Rhu, Semerak, Pasir Puteh pada Julai tahun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2007 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama.

Iklan

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Faizuan tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah menetapkan 8 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula untuk laporan perubatan, kimia dan forensik.