Kamarul Zaman dilantik Ketua Polis Kedah baharu

Iklan
Kamarul Zaman (kanan) menerima jawatan daripada Hasanuddin yang akan bersara pada Rabu dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah yang disaksikan Zamri di IPK Kedah pada Selasa. Foto Ihsan PDRM

ALOR SETAR - Datuk Kamarul Zaman Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu berkuat kuasa Selasa bagi mengantikan Datuk Hasanuddin Hassan yang bersara wajib pada Rabu.

Majlis penyerahan tugas tersebut dilakukan dalam satu majlis tertutup di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Zamri Yahya.

Iklan
Iklan

Kamarul Zaman, 57, merupakan Bekas Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan menyertai PDRM pada 1988.

Sepanjang 33 tahun beliau berkhidmat dalam badan beruniform ini, pelbagai tanggungjawab telah digalasnya termasuk sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di IPK Johor.

Iklan
Iklan

Zamri dalam ucapannya berharap Ketua Polis Kedah baharu itu dapat menggunakan segala pengalaman yang ada terutamanya di jenayah narkotik untuk membantu membanteras jenayah dadah di negeri ini.