Selangor umum peruntukan RM551.5 juta tangani pandemik

Iklan
Amirudin mengumumkan Pakej Kita Selangor 2.0 Live di Facebook beliau pada Khamis

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan Selangor memperuntukan sebanyak RM551.56 juta dalam Pakej Kita Selangor 2.0 bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pakej bantuan itu berteraskan tiga strategi yang meliputi 26 program dan bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat di negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiga strategi itu iaitu menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat, manakala strategi kedua pula menyelamatkan industri dan sektor ekonomi serta usahawan di negeri ini.

"Kerajaan negeri turut memberi fokus kepada strategi ketiga iaitu kawalan kesihatan dalam mengekang penularan wabak Covid-19," katanya ketika mengumumkan Pakej Kita Selangor 2.0 secara 'Live' di Facebook beliau di sini pada Rabu.

Iklan

Dalam pengumuman pakej itu, sebanyak 14 program disediakan kerajaan negeri sebagai strategi menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat.

14 bantuan itu ialah, program bakul makanan, bantuan kewangan kepada keluarga pesakit Covid-19 yang meninggal dunia, bantuan khas orang kurang upaya (OKU) RM500, moratorium usahawan Hijrah Selangor, hotline khusus aduan keganasan rumah tangga, bayaran balik pinjaman bagi graduan 2021 dan program tuisyen rakyat,

Iklan

Selain itu, Portal ePTRS.my, penangguhan bayaran sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan smart sewa, bantuan khas pengusaha dan guru pendidikan awal, penangguhan bayaran pinjaman pelajaran biasiswa Yayasan Selangor, bantuan mahasiswa Selangor, data internet Selangor dan skim Internet Selangor kategori M40 merupakan antara pakej dalam strategi pertama.

Strategi kedua pula adalah menyelamatkan industri dan sektor ekonomi serta usahawan di negeri menerusi tujuh program yang disediakan kerajaan negeri iaitu Selangor Advance, program jaminan bekalan makanan, program agro prihatin, program peningkatan hasil, pinjaman Hijrah Selangor, Plats Selangor dan bantuan kewangan sektor pelancongan di negeri ini.

Bagi strategi ketiga iaitu kawalan kesihatan mengekang penularan wabak Covid-19, sebanyak lima program disediakan iaitu ujian saringan Covid-19 fasa ketiga, ‘Home Assessment Tool’, rebat pengangkutan bagi pengambilan vaksin, kawalan kesihatan di tempat kerja dan program vaksinasi Covid-19 Selangor.