PDRM kawal ketat sempadan kekang kemasukan pelarian Rohingya

Iklan
Kasuahdi (depan) pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, pada Rabu.

PASIR MAS - Kawalan di sempadan Malaysia diperketatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam usaha mengekang kemasukan 81 pelarian etnik Rohingya yang mendarat di sekitar pesisir pantai Kuala Simpang Ulim, Simpang Ulim, Acheh Timur, Indonesia.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA), Datuk Kasuahdi Ali berkata, kawalan tersebut merangkumi kawalan sempadan Malaysia di Sabah dan Sarawak.

Iklan
Iklan

"Saya sudah mengarahkan semua komander PGA supaya bersiap siaga bagi memastikan kumpulan berkenaan tidak memasuki negara," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan, kehadiran 81 orang pelarian etnik Rohingya dikesan di sekitar pesisir pantai Kuala Simpang Ulim, Simpang Ulim, Aceh Timur pada 4 Jun, jam 7 pagi (waktu Indonesia Barat).

Iklan

Menurut laporan itu, kumpulan pelarian Rohingya berkenaan terdiri daripada 70 orang dewasa dan 11 orang kanak-kanak.Mereka berjaya mendarat pada malam atau awal pagi 3 Jun yang mana pada asalnya adalah berjumlah 90 orang namun lapan orang sudah meninggal dunia dan seorang hilang di laut.

Menurutnya, berdasarkan kepada maklumat, kumpulan ini mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Iklan

Beliau berkata, pihaknya mengambil serius perkara itu kerana ia melibatkan soal keselamatan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Sindiket penyeludupan Rohingya ke Malaysia akan diburu