NEYMAR kembali mempamerkan prestasi terbaiknya ketika membantu Brazil menjinakkan Paraguay 2-0 sekali gus mengekalkan rentak sempurna kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 Zon Amerika Selatan.
Pada aksi di Stadium Defensores del Chaco, Asuncion, bintang Paris Saint-Germain berusia 29 tahun itu tampil cemerlang apabila meledak satu gol dan satu bantuan untuk pasukan pelawat.