Guna PPV bergerak cepatkan vaksinasi petugas media

Iklan
Kerajaan disaran untuk menggunakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak selain PPV Mega sedia ada bagi memperluas dan mempercepat pemberian vaksin kepada petugas media.

SHAH ALAM - Kerajaan disaran untuk menggunakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak selain PPV Mega sedia ada bagi memperluas dan mempercepat pemberian vaksin kepada petugas media.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya berkata, langkah itu dapat memudahkan lagi pemberian vaksin kepada golongan tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya rasa mereka (pengamal media) yang berdaftar patut didahulukan misalnya hari ini (Rabu) hari pertama disuntik, esok jumlah dos vaksin boleh ditambah.

"Selain mereka ke PPV Mega ada baiknya kerajaan mempertimbangkan perkenalkan iaitu PPV bergerak contohnya PPV bergerak boleh ke lokasi ke satu lokasi lain dalam konteks ini ke agensi media seperti Astro Awani, Media Prima dan Kumpulan Star, sebagainya.

Iklan

"Cara ini lebih pantas mereka boleh berkumpul dan boleh disuntik dengan lebih cepat lagi," katanya kepada Astro Awani pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemberian vaksin kepada pengamal media juga dapat meningkatkan keyakinan golongan wartawan yang bertugas di lapangan meskipun ketika pandemik Covid-19 semakin meruncing.

Iklan
Chamil Wariya

Tambahnya, selain perlindungan diri seperti termaktub di dalam prosedur operasi standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), pemberian vaksin sekali gus dapat meningkatkan perlindungan dalaman seseorang petugas media.

Beliau turut berharap agar setiap petugas media yang menerima vaksin dapat menceritakan pengalaman mereka kepada masyarakat agar dapat membantu meningkatkan kefahaman tentang kepentingan mengambil vaksin.

"Saya percaya setiap kali wartawan mencatatkan pengalaman mereka lalui (selepas terima vaksin) maka lebih ramai atas pagar yakin bahawa vaksinasi adalah satu benteng penting menyekat penularan Covid-19.

"Saya berharap mereka yang telah disuntik ceritakanlah pengalaman masing-masing dan kebaikan selepas disuntik itu bagus dilakukan," ujarnya.