PPM lapor polis pertubuhan mengaku pengakap

Iklan
Ahmad Shazilly (dua dari kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat PPM di IPD Dang Wangi pada Rabu. Turut hadir adalah Jamaludin (kanan).

KUALA LUMPUR - Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) pada Rabu membuat laporan polis ke atas kumpulan yang dikatakan mengaku sebagai pertubuhan pengakap hingga menyalahgunakan lambang serta tidak berdaftar melalui PPM.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Malaysia, Datuk Ahmad Shazilly Ismail Bakti berkata, PPM tidak mengiktirafkan mana-mana kumpulan pengakap yang tidak berdaftar dengan persekutuan itu.

Iklan
Iklan

Katanya, PPM juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan yang mengaku sebagai ahli PPM dan melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

"Pengakap merupakan pergerakan antara yang tertua yang bergabung di peringkat dunia sering dijadikan alasan untuk mengutip dana-dana sebagai badan kebajikan berjuta-juta ringgit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Rabu.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPM, Jamaludin Jinal berkata, pertubuhan yang tidak berdaftar melalui PPM adalah haram dan tidak boleh bergerak menggunakan lambang pengakap.

"PPM memandang serius kejadian ini dan boleh menjadikan pengakap sebagai badan untuk kepentingan diri kumpulan tersebut.

Iklan

"Kita memohon polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas ke atas kelab ini serta mereka yang terlibat," katanya.

Laporan itu dibuat selepas PPM mengesan sebuah kelab pengakap yang dikatakan menyamar dan memperdaya Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dengan tujuan meyakinkan bahawa kelab itu merupakan persatuan pengakap yang sah.

Ahli kelab itu turut memakai pakaian seragam pengakap secara tidak sah ketika melakukan kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Menteri itu pada 7 Mei.