GRIMSBY - ENGLAND . Seorang suami terkilan dan sedih kerana tidak dapat bertemu isterinya yang ditempatkan di rumah kebajikan Grimsby di sini.
Dennis Daniels, 89, berkerusi roda berkunjung ke rumah kebajikan itu namun telah dihalau oleh pengurus rumah berkenaan.
Akibat berang, dia telah melakukan protes di hadapan rumah kebajikan itu selepas penghuni menutup pintu.
Katanya, dia tidak pernah berenggang dengan isteri selama 70 tahun dan berasa sedih diperlakukan sedemikian.
"Saya membuat bantahan kerana mereka tidak membenarkan saya bertemu isteri.
"Mereka memberi alasan saya bising dan menganggu penghuni lain sedangkan saya membantu isteri saya," katanya.
Meskipun begitu, isterinya, Dorine, 70, gembira berada di rumah kebajikan kerana dilayan dengan baik.
Sementara itu, jurucakap Hica Group yang menguruskan rumah kebajikan itu memandang serius kes tersebut.
"Daniels dan isteri mempunyai hubungan yang mesra dan kita menghormati mereka.
"Bagaimanapun kami agak terkejut dengan tindakan Daniels. Kami sentiasa mengutamakan keselamatan penghuni.
"Kami cuba menghubungi Daniels dengan kerjasama khidmat sosial tempatan untuk mencapai penyelesaian yang baik bagi kedua-dua pihak," katanya. - Mirror