Sultan Johor kesal poster lama dengan Najib ditularkan semula

Iklan
Poster lama yang pernah disiarkan pada tujuh tahun lalu ditularkan semula baru-baru ini.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kesal apabila sebuah poster mengaitkan baginda dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah disiarkan tujuh tahun lalu, kembali tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut kenyataan dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, poster itu telah diputar belit mengikut konteks yang tidak tepat di mana terdapat keterangan gambar mendakwa baginda memberi peluang kepada bekas Perdana Menteri itu.

Iklan
Iklan

Katanya, kenyataan itu diambil daripada satu temu bual eksklusif baginda bersama akhbar The Star yang disiarkan pada 27 Disember 2015.

"Titah kenyataan pendapat Sultan Ibrahim pada waktu itu adalah berkaitan situasi pentadbiran negara pada waktu berkenaan dan tidak diguna pakai dalam keadaan negara pada waktu kini," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, penularan poster tersebut pada ketika ini berniat jahat dan jelas ingin mengheret institusi diraja Johor ke dalam isu-isu politik semasa negara.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda sedar kedudukan sebagai seorang sultan bermaksud tidak berpihak kepada mana-mana parti mahupun ahli politik.

Iklan

"Sebagai Raja Berperlembagaan, saya tidak mencampuri mana-mana parti atau perikatan politik yang telah dipilih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum.

"Ketika Johor melantik tiga Menteri Besar dalam tempoh dua tahun (2018 hingga 2020), saya telah menerima keputusan kerajaan berkenaan dan memberikan kerjasama kepada mereka semua.

"Kepentingan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan saya dan institusi diraja Johor, tidak kira siapa pun yang memegang tampuk pentadbiran kerajaan,” titah baginda.