'Saya kini bukan anggota MKN'

Iklan
Mohd Redzuan

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mendakwa beliau tidak lagi dijemput untuk menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut laporan Malaysiakini, Mohd Redzuan berkata, kali terakhir beliau dijemput menghadiri mesyuarat itu ialah sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.

Iklan
Iklan

"Kini saya bukan anggota MKN. Dahulunya anggota MKN. Saya tak tahu apa yang berlaku. Kali terakhir saya bersama MKN ialah sebelum Hari Raya (Aidilfitri)," katanya pada Rabu.

Mohd Redzuan berkata, beliau sepatutnya hadir dalam mesyuarat MKN sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Badan Pengurusan Bencana Nasional (Nadma).

Iklan

"Kalau tengok susunan gazet itu sendiri, saya yang sepatutnya mengawasi. Tapi terpulang kepada kuasa Perdana Menteri.

"Kalau nak menguruskan bencana, ada cara-cara tertentu atas kebolehan seseorang. Tapi kalau Perdana Menteri tak nampak Nadma menguruskan bencana, kenapa letakkan di bawah tugas-tugas khas?” soal beliau.

Iklan

Menjawab persoalan berkaitan spekulasi pemecatannya, Mohd Redzuan berkata, hal itu disebabkan oleh kepemimpinan yang tidak mahu terlalu ramai orang melakukan perkara yang sama.

Malah, katanya, beliau dianggap masih baharu dalam politik berbanding menteri lain.

"Kadang-kadang orang nampak kita ini seorang yang baharu dalam politik. Jadi ukuran kebolehan ialah orang yang baharu dalam politik. Itu pendapat sayalah. Saya tak pernah jadi menteri selain bawah Pakatan Harapan (PH) untuk bangunkan usahawan.

"Menteri yang lain telah lama dalam politik. Mereka memberi kebolehan yang lebih. Ini terpulang kepada Perdana Menteri membuat analisis untuk memberi tugas-tugas kepada menteri sedia ada atau menteri yang banyak pengalaman dan telah lama dalam politik," katanya.