LONDON - BRITAIN . Seorang remaja London yang menyertai militan Daesh di Syria memohon kerajaan Britain mempertimbangkan keputusan melucutkan kewarnegaraannya.
"Saya mohon agar kerajaan Britain menilai kembali kes saya dengan lebih perasaan kasihan dalam hati mereka," kata Shamima Begum kepada Sky News dari kem pelarian di timur Syria.
Iklan
Iklan
Begum berusia 15 tahun ketika melarikan diri dari Bethnal Green untuk menyertai Daesh bersama-sama dua rakan sekolah pada tahun 2015.
Kini berusia 19 tahun, dan baharu sahaja melahirkan bayi lelaki minggu lalu, Begum menjadi pelarian setelah terpisah daripada suaminya yang juga pejuang Daesh, kini merayu untuk pulang, selain bersedia untuk berubah.
Dalam perkembangan berkaitan, peguam keluarga Begum, Tasnime Akunjee kini berusaha menentang keputusan Britain melucutkan kewarganegaraan remaja berkenaan.
Keluarga Begum mendakwa berasal dari Bangladesh, namun negara itu menafikan mereka kerakyatan. - BBC
ARTIKEL BERKAITAN: Britain lucut kewarganegaraan remaja sertai Daesh di Syria