Werner mampu pacu Jerman

Iklan
Timo Werner

PENYERANG Chelsea, Timo Werner dijangka mampu tampil dengan persembahan cemerlang untuk membantu pasukan Jerman dalam saingan Euro 2020 yang akan bermula 11 Jun ini.

Perkara itu diakui pertahanan tengah Jerman, Jerome Boateng yang menyifatkan Werner mengharungi musim yang baik di Chelsea dan mampu untuk meneruskan aksi positif di Euro.

Iklan
Iklan

"Timo baru sahaja berpindah negara, kelab dan bermain di liga yang berbeza. Jadi tidak mudah untuknya menyesuaikan diri. Namun, dia sudah menjaringkan banyak gol, mencipta bantuan gol dan menjadi watak penting ketika diperlukan.

"Malah, dia sekarang sudah memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara bersama Chelsea. Bagi saya, itu adalah musim yang positif buatnya walaupun ada ketika prestasinya turun naik.

Iklan

"Apa yang dilaluinya di Chelsea akan menjadikan dia lebih kompetitif dan memberikan pengalaman untuk dia tampil cemerlang bersama Jerman di Euro kali ini," katanya.

Penyerang berusia 25 tahun itu direkrut Chelsea dari RB Leipzig pada musim panas tahun lalu selepas tampil cemerlang dengan kelab Jerman itu merekodkan 34 gol dan 13 bantuan gol pada musim 2019/2020.

Iklan

Karier awal Werner di Stamford Bridge bagaimanapun tidak seperti dijangka dengan dia hanya mampu meledak 12 gol dan 15 bantuan gol dalam 52 penampilan bersama The Blues musim ini.

Namun, Werner tetap berjasa membantu Chelsea mara ke final Piala FA dan memenangi trofi Liga Juara-Juara yang menjadi pencapaian terbaik dalam karier bola sepaknya.

Boateng yang digugurkan daripada skuad Jerman pada Euro kali ini bagaimanapun optimis ketajaman Werner untuk mengemudi jentera serangan Die mannschaft.

"Di Euro, kita akan melihat seorang Timo Werner yang laparkan jaringan. Seorang Timo dengan sifat 'angkuh' kerana dia baru sahaja memenangi Liga Juara-Juara. Dia akan menunjukkan siapa dia sebenarnya," katanya.