Sembilan maut, bangunan runtuh di Korea Selatan

Iklan
Gambar menunjukkan serpihan bangunan lima tingkat yang runtuh di bandar Gwangju pada Rabu. - Foto Xinhua

SEOUL - Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh apabila sebuah bangunan setinggi lima tingkat runtuh ketika kerja-kerja perobohan dilakukan di bandar Gwangju di barat daya Seoul, Korea Selatan sehingga menghempap sebuah bas.

Menurut AFP, imej-imej di televisyen menunjukkan bas tersebut ditimbus oleh serpihan-serpihan bangunan berkenaan.

Iklan
Iklan

Serpihan bangunan itu menghempap bas tersebut yang membawa 17 orang apabila bangunan itu runtuh dengan tiba-tiba.

Ketika kejadian kenderaan itu berhenti di hadapan bangunan berkenaan.

Iklan

Seramai sembilan orang yang menaiki bas tersebut terbunuh dalam runtuhan itu, manakala lapan orang lagi mengalami kecederaan parah, kata Agensi Kebakaran Kebangsaan.

Semua pekerja di tempat kejadian telah dipindahkan sebelum bangunan itu runtuh.

Iklan

Punca bangunan itu runtuh bagaimanapun masih belum diketahui.

Menurut pihak berkuasa, satu siasatan sedang dilakukan bagi mengetahui punca kejadian. - Agensi