MR D.I.Y tawar 69 produk baharu penjagaan diri, kesihatan

Iklan
Rangkaian produk baharu yang boleh didapati di 350 cawangan MR. D.I.Y. di seluruh negara bermula 1 Jun 2021.

SHAH ALAM - Peruncit perkakas rumah, MR D.I.Y. telah menambah produk baharu melibatkan penjagaan diri dan kesihatan dalam rangkaian tawaran produk di semua cawangannya untuk memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia.

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Grup, Andy Chin berkata, sebanyak 69 produk baharu itu terdiri daripada pelbagai jenama termasuklah vitamin dan makanan tambahan, produk sanitari, penjagaan kebersihan diri, rawatan penjagaan oral, ubat-ubatan over-the-counter (OTC), produk perancang keluarga serta barangan keperluan berkaitan Covid-19.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, rangkaian produk penjagaan diri dan kesihatan tersebut melengkapkan lima lagi kategori produk yang boleh didapati di semua cawangan MR D.I.Y. membabitkan perkakasan, keperluan rumah dan perhiasan, produk elektrik, alat tulis, kelengkapan sukan dan lain-lain.

"Kami mahu menjadi pusat sehenti bagi barangan keperluan harian rakyat Malaysia. Ini dapat dicapai dengan mendekati pelanggan dan mengenal pasti apa yang paling mereka perlukan di sini dikenali sebagai 'Always Low Prices',” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Chin berkata, MR D.I.Y. bekerjasama dengan pembekalnya untuk menghasilkan rangkaian lengkap produk penjagaan diri dan kesihatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan seisi keluarga.

"Rangkaian produk baharu ini boleh didapati di 350 cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara bermula 1 Jun 2021 dan boleh didapati di semua cawangan MR. D.I.Y. di seluruh negara tidak lama lagi,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, pelanggan juga boleh membeli dalam talian di laman web www.mrdiy.com.my dan sempena pelancaran itu, diskaun pengenalan sebanyak 15 peratus ditawarkan melibatkan 35 produk dalam rangkaian tersebut.