McDonald's Malaysia hargai warga hospital

Iklan
Kru McDonald's Malaysia menyantui frontliners di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.

Lebih 30,000 petugas barisan hadapan (frontliners) di lebih 70 buah hospital di seluruh negara menerima tajaan makanan daripada McDonald's Malaysia.

Sumbangan hidangan McDonald’s yang telah diaktifkankan semula sejak 24 Mei lalu membuktikan rasa tanggungjawab, keprihatinan dan penghargaan McDonald’s Malaysia terhadap petugas-petugas hospital yang sedang merawat pesakit Covid-19.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, McDonald’s Malaysia menggerakkan pasukan restorannya ke setiap hospital terlibat di seluruh negara sekurangkurangnya sekali seminggu.

Petugas barisan hadapan di Hospital Likas, Sabah turut menerima tajaan makanan daripada McDonald's Malaysia.

McDonald’s Malaysia turut mengekalkan kempen #KitaBoleh sebagai kesinambungan kempen yang dicetuskan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu.

Iklan

Menurut Azmir, ia juga sebagai salah satu cara untuk masyarakat menzahirkan penghargaan di atas kecekalan dan keberanian petugas barisan hadapan yang tanpa penat lelah berusaha memerangi wabak ini.

"Kami berharap dapat membangkitkan semangat rakyat Malaysia untuk terus mengekalkan semangat juang walaupun pada masa-masa sukar.

Iklan
Hospital Bentong di Pahang menyambut kunjungan kru McDonald's Malaysia.

"Sejak lebih dari satu tahun PKP pertama dilaksanakan di Malaysia, rakyat negara ini telah melalui berbagai tahap kehidupan sepanjang pandemik tercetus dan semua golongan terkesan.

"Namun, petugas barisan hadapan merupakan golongan yang sentiasa konsisten sepanjang waktu sukar ini. Mereka tetap kekal tenang, tekun dan sentiasa berusaha menjaga kesejahteraan kita semua bagi melawan wabak ini,” katanya.

Menurut Azmir, satu kepuasan bagi warga McDonald’s Malaysia adalah apabila setiap kali kru restoran membuat penghantaran ke hospital, mereka mampu memberi keceriaan kepada petugas barisan hadapan.

Wakil Hospital Sultan Ismail Johor Bahru menerima bungkusan tajaan makanan.

"Satu penghargaan besar juga buat pasukan McDonald’s Malaysia yang tanpa jemu bertugas bagi memastikan barisan hadapan di hospital mendapat makanan kegemaran mereka,” katanya.

Untuk maklumat terkini mengenai McDonald’s Malaysia, sila layari www. facebook.com/My.McDonalds/.

Mengenai McDonald's:

  1. Mempunyai kira-kira 36,000 restoran di seluruh dunia.
  2. Melayani lebih daripada 70 juta pelanggan setiap hari di lebih 100 negara.
  3. Bertapak di Malaysia selama 39 tahun, lebih 300 restoran di seluruh negara.
  4. Melayani lebih daripada 13.5 juta pelanggan sebulan.
  5. Menggajikan lebih daripada 14,000 rakyat Malaysia.
  6. Menyediakan peluang kerjaya, latihan dan pembangunan.
Hospital Tampin antara lebih 70 buah hospital yang menerima sumbangan makanan daripada McDonald's Malaysia.