Pakar ekonomi saran lindungi industri penting

Iklan
Pankaj Kumar

SEKTOR perindustrian penting yang turut menyumbang kepada ekonomi negara perlu dilindungi agar tidak terjejas akibat wabak Covid-19.

Penganalisis ekonomi dan kewangan, Pankaj Kumar berkata, penekanan harus diberi susulan kontroversi terbaru menyelubungi sektor perkilangan dan penjualan produk penting dan tidak penting semasa PKP penuh yang bermula 1 Jun baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, PKP penuh adalah diperlukan bagi mengehadkan pergerakan orang ramai dan meratakan lengkungan bagi menangani pandemik Covid-19 ini.

"Peningkatan besar kes-kes dan bekalan katil terhad di Unit Jagaan Rapi (ICU) telah memaksa kerajaan menguatkuasakan PKP penuh.

Iklan

"Walaubagaimanapun, ketidaktentuan dan kekeliruan mengenai apa yang dikategorikan sebagai barangan penting atau tidak, selain SOP yang tidak jelas adalah tidak bagus untuk perniagaan.

"Lagi pun, industri seperti alkohol, rokok dan perjudian sering menanggung kesan akibat ketidakjelasan polisi disebabkan tindakan segelintir yang mempolitikkannya dan retorik yang tidak praktikal,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, cukai eksais yang dikenakan ke atas 'industri dosa’ menjadi penyumbang hasil yang besar kepada kerajaan.

Cukai dosa adalah cukai eksais secara khusus dikenakan pada barang-barang tertentu yang dianggap berbahaya bagi masyarakat dan individu, misalnya alkohol dan tembakau, gula-gula, ubat-ubatan, minuman ringan, makanan segera, kopi, gula, perjudian, dan pornografi.

Menurut Panhaj, kerajaan memungut hampir RM10 bilion cukai eksais dan ia adalah 23.5 peratus daripada jumlah keseluruhan cukai tidak langsung sebanyak RM41.9 bilion yang diperoleh pada tahun 2020.

Selain itu, katanya, industri berkenaan menjana banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dengan penggajian langsung dan tidak langsung melangkaui ratusan ribu rakyat Malaysia selain menjana gandaan kesan positif ke atas ekonomi dan meraih FDI (pelaburan terus asing).

"Saya tidak bercakap agar industri-industri ini diberi insentif atau pembiayaan istimewa tetapi untuk memastikan bahawa industri tersebut dapat berterusan menyumbang kepada hasil negara kepada kerajaan menerusi hasil cukai, baik secara langsung atau pun cukai tidak langsung," katanya.

Jelas Panhaj, apa yang diperlukan bagi industri-industri ini untuk pulih dan terus menyumbang besar kepada hasil negara adalah polisi-polisi yang jelas serta praktikal bagi meminimumkan gangguan terhadap operasi mereka.

"Sebagai tambahan, kerajaan boleh meningkatkan langkah penguatkuasaan dengan menguatkuasakan sepenuhnya kawalan yang ditetapkan di dalam Belanjawan 2021 bagi menangani rokok seludup dan menyediakan undang-undang yang akan mampu menanganinya secara berkesan," katanya lagi