Gaji menteri, pembantu menteri di Sabah dipotong 50 peratus

Iklan
Hajiji mengumumkan pemotongan gaji ketika dalam lawatan beliau di IPK Sabah pada Khamis.

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk melakukan pemotongan gaji sebanyak 50 peratus bagi semua menteri dan pembantu menteri selama dua bulan berkuatkuasa Jun ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri Sabah pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Kabinet Sabah mengambil keputusan pemotongan gaji 50 peratus semua menteri dan pembantu menteri selama dua bulan berkuatkuasa bulan ini.

"Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga turut menyumbangkan 30 peratus daripada gaji mereka selama sebulan," katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Khamis.

Iklan

Beliau yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, semua jumlah yang diperoleh itu akan digunakan sebagai dana membiayai pengurusan pandemik Covid-19.

"Semua simpanan itu akan digunakan sebagai dana untuk membiayai pengurusan pandemik Covid-19," katanya.

Iklan

Beliau dalam pada itu turut mengumumkan kabinet negeri akan memberikan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 Covid-19 berjumlah RM120,469,481 dan tambahan RM34.4 juta untuk bantuan bakul makanan kepada semua sektor yang terkesan akibat pandemik ini.