PTPTN sambut baik inisiatif kerajaan

Iklan
Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan tiga bulan lagi.

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berterima kasih kepada kerajaan dan menyambut baik inisiatif penangguhan bayaran balik pinjaman secara bersasar kepada peminjam PTPTN yang layak selama tiga bulan lagi.

PTPTN dalam satu kenyataannya berkata, sebagai agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pihaknya, komited untuk memastikan inisiatif itu dilaksanakan dengan baik bagi memastikan peminjam mendapat manfaat daripada inisiatif yang diberikan kerajaan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman diberikan kepada peminjam yang kehilangan pendapatan seperti diberhentikan kerja dan terjejas pendapatan.

"Peminjam perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian di www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0 mulai 10 Jun 2021 sehingga 31 Ogos 2021. Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.

Iklan

"Selain itu penangguhan bayaran balik ini adalah untuk tempoh tiga bulan bermula pada bulan permohonan diluluskan dan dua bulan ke hadapan di antara Jun hingga Oktober 2021. Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh permohonan dikemukakan,” kata menurut kenyataan itu pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangguhan bayaran balik PTPTN dilanjutkan tiga bulan lagi

Iklan

PTPTN berkata, peminjam juga perlu mengemaskini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat berkenaan kelulusan permohonan penangguhan dapat disampaikan kepada mereka.

"Keputusan ini menunjukkan bahawa kerajaan amat prihatin dan peka terhadap kesukaran yang ditanggung oleh peminjam. PTPTN berharap inisiatif ini dapat membantu mereka menguruskan kewangan dengan lebih baik dan meringankan beban akibat pandemik Covid-19.

"Peminjam yang tidak terkesan boleh meneruskan pembayaran balik pinjaman mereka melalui saluran yang telah disediakan," katanya.

Pada Rabu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak.

Noraini dilaporkan berkata, keputusan itu diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 serta belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman mereka.