Keputusan SPM 2020

Iklan

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk, Nur Syamira Ishak, 18, (kanan) menunjukkan keputusan pemeriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 melalui pautan laman web rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) kepada ibunya, Che Serina Shamsuddin, 54, ketika ditemui di kediaman mereka di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau memperolehi 8A dan 2B dalam keputusan SPM 2020 yang diumumkan hari ini.

Iklan
Iklan

Pelajar tersebut mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) melalui tablet yang disumbangkan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menerusi Program empowerNCER Akademik tahun lepas untuk golongan B40. - Foto Bernama