KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melupuskan lagi 481,000 saham dalam Serba Dinamik Holdings Bhd pada 4 Jun lepas, mengurangkan pegangan sahamnya dalam kumpulan perkhidmatan minyak dan gas itu kepada 9.90 peratus.
Dana itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis berkata, sebelum ini ia telah menjual 955, 200 saham miliknya dalam kumpulan itu di pasaran terbuka pada 2 dan 3 Jun lepas.