Kelulusan rentas negeri turun empat kali ganda

Iklan
Hamzah Zainudin

PUTRAJAYA - Jumlah kelulusan permohonan rentas negeri yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menurun kepada 10,471 pada Selasa lalu berbanding hampir 43,000 kelulusan yang diberikan pada akhir April.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penurunan ketara itu disebabkan PDRM ketika ini mengambil langkah lebih tegas dalam meluluskan permohonan bagi mengurangkan kes penipuan permohonan rentas negeri yang berlaku.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan terperinci akan dilakukan pihak polis untuk setiap permohonan rentas negeri yang dikemukakan orang ramai.

Katanya, pemeriksaan dilakukan terhadap kedua-dua pihak iaitu pemohon dan pihak kedua seperti keluarga dan sebagainya.

Iklan

"Kalau dia (pemohon) kata nak balik kampung sebab kecemasan seperti saudara sakit, kita akan pastikan dengan pihak di sebelah sana sama ada perkara itu betul atau tidak.

"Begitu juga dengan kematian, kita akan periksa sama ada benar-benar berlaku (kematian)," katanya pada temu bual eksklusif bersama beliau yang diadakan di kementeriannya pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, pemeriksaan lebih tegas itu terpaksa dilakukan ekoran dilaporkan berlaku pelbagai kes penipuan untuk mendapatkan kelulusan permohonan rentas negeri.

"Bila tengok macam-macam berlaku, kami terpaksa lebih tegas.

"Kalau semua patuh undang-undang dan boleh ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, saya rasa tak akan timbul masalah ini," katanya.

Memperincikan tentang statistik kelulusan rentas negeri, Hamzah memberitahu, daripada 10,471 kelulusan yang diberikan pada 8 Jun lalu, 1,003 melibatkan ziarah kematian, 2,955 (kes kecemasan) dan 6,513 (alasan bekerja sendiri).

Ujarnya, statistik juga menjukkan pengurangan dari masa ke masa susulan langkah yang dibuat PDRM.

"Selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, jumlah kelulusan menurun kepada 30,000 dan sebelum total lockdown fasa pertama pada 1 Jun lalu, jumlah itu terus berkurang kepada 12,000," katanya.