MERSING - Terdapat 300 koleksi artifak hasil perolehan muzium dan beberapa sumbangan masyarakat dipamerkan di muzium Mersing, di sini.
Kurator Muzium, Wasfi Mirza Othman berkata, muzium berkenaan yang turut mempamerkan artifak sekitar 1920-an turut konsisten menerima 500 pengunjung setiap bulan.
"Muzium ini dinaik taraf sejak tiga tahun lalu dan kita baru buat penyerahan. Biasanya hujung tahun kita terima ramai kunjungan.
"Antaranya pihak sekolah, pelancong luar yang hendak ke pulau yang mana terdiri daripada pelbagai negara seperti Korea, Eropah, China," katanya.
Tambahnya, muzium berkenaan turut mempamerkan artifak era 40-an, 60-an antaranya seperti radio lama, basikal lama.
Menurutnya, uniknya bangunan muzium berkenaan pada asalnya merupakan bangunan kerajaan di mana pernah dijadikan markas tentera Jepun satu masa dahulu.
"Apabila Jepun berundur pemerintahan British pula hadikan ia bangunan untuk pemerintahan kerajaan.
"Di sini terdapat tiga bahagian pameran iaitu pentadbiran sosio ekonomi, battle of Endau dan pameran khas iaitu pameran bermusim selama enam bulan setiap tahun.
"Ruangan peperangan dunia kedua adalah yang paling istimewa dan banyak peristiwa-peristiwa besar berlaku pada era perang dunia kedua dipamerkan di sini," katanya.