Parlimen hibrid perlu diperhalusi

Iklan
Mohd Redzuan

PUTRAJAYA - Kerajaan perlu memperhalusi cabaran untuk melaksanakan persidangan Parlimen secara hibrid dengan terperinci sejurus tempoh proklamasi darurat berakhir 1 Ogos hadapan termasuk keperluan penyediaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof berkata, beliau secara peribadi masih memikirkan langkah terbaik untuk semua ahli Parlimen dan Speaker Dewan Rakyat menjalankan sidang Parlimen hibrid kerana bentuk pelaksanaannya masih belum diperjelaskan secara tuntas.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, persoalan sama ada pelaksanaannya akan menjamin sidang Parlimen berjalan lancar tanpa risiko penularan Covid-19 masih tidak jelas kerana terdapat cabaran besar yang perlu diteliti dan diperhalusi.

"Saya masih memikirkan bagaimana speaker dan timbalan speaker hendak kendalikan sidang Parlimen secara persidangan maya sekiranya mereka berada di rumah dan ahli-ahli Parlimen berada di Dewan Rakyat?

Iklan

"Bagaimana pula sebahagian ahli Parlimen yang berada di rumah dan sebahagian lagi mengikuti persidangan secara maya hendak berbahas sesama mereka dalam sesuatu isu atau usul dibangkitkan?

"Perkara ini mungkin boleh dilaksanakan melalui persidangan Parlimen hibrid, mungkin juga tidak. Sebenarnya terdapat banyak cabaran dalam pelaksanaannya yang kerajaan perlu teliti secara terperinci,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Persidangan Dewan Rakyat dijadualkan kembali mulai 2 November hingga 15 Disember depan setelah kali terakhir bersidang Disember tahun lalu.

Sementara itu, Mohd Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah turut menyuarakan kebimbangan pelaksanaan sidang Parlimen hibrid bakal terkeluar daripada definisi perhimpunan awam kerana urusan persidangan Parlimen mungkin melibatkan kehadiran lebih 1,000 orang termasuk golongan media, kakitangan Dewan Rakyat dan pegawai khas ahli Parlimen serta menteri."Dalam aspek itu, saya akan serah kepada pihak pengelola Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada persidangan Parlimen hibrid kelak benar-benar memenuhi definisi perhimpunan awam yang ditetapkan kerajaan.

"Kalau persidangan Parlimen boleh dijamin dengan SOP ketat, saya rasa bukan sahaja ahli Parlimen kerajaan, bahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mahukan persidangan Parlimen diadakan segera,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PN tidak takut buka semula Parlimen