69 tapak pembinaan tidak patuh SOP diarah tutup

Iklan
Notis arahan tutup dikenakan terhadap tapak pembinaan yang diperiksa CIDB kerana tidak patuh SOP. - Foto FB CIDB

SHAH ALAM - Sebanyak 1,088 tapak pembinaan diperiksa bagi melihat tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil daripada pemeriksaan mendapati sebanyak 75 tapak pembinaan mematuhi SOP ditetapkan manakala 69 lagi diarahkan tutup kerana tidak patuh SOP.

Iklan
Iklan

"Selain itu, CIDB juga mendapati sebanyak 944 tapak pembinaan tidak beroperasi.

"Kesemua pemeriksaan di tapak berkenaan dilakukan sejak Sekatan Pergerakan Penuh bermula pada 1 Jun lalu sehingga Khamis (semalam),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, CIDB turut menegaskan bahawa penggiat industri pembinaan perlu mematuhi SOP terkini dan ia boleh dimuat turun melalui portal www.cidb.gov.my.

Menurut CIDB, pihaknya boleh menutup tapak pembinaan yang didapati tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Iklan

"Kontraktor yang melanggar peruntukan Akta 520 atau mana-mana undang-undang bertulis lain termasuk Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dan Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990) boleh dibawa ke prosiding tindakan tatatertib kontraktor.

"Ini termasuk penggantungan atau pembatalan Perakuan Pendaftaran Kontraktor atau dikenakan penalti tidak melebihi RM500,000 atau dikeluarkan mana-mana arahan yang wajar daripada CIDB,” katanya.