'Parlimen hibrid adalah opsyen kedua’

Iklan
Ahmad Maslan

SHAH ALAM - Persidangan Parlimen secara secara hibrid bukan pilihan utama yang perlu diambil kira dalam isu pembukaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, dengan mengambil kira masalah perundangan yang dihadapi untuk melaksanakan kaedah tersebut, beliau berpandangan persidangan Parlimen secara bersemuka adalah cadangan yang lebih baik.

Iklan
Iklan

"Mengenai kaedah mengundi secara hibrid ini, kalau ia mendatangkan masalah, saya ingin kembali kepada cadangan asal supaya bersemuka.

"Kita perlu yakin kepada vaksin yang disuntik. Kalau kita tidak yakin apa guna vaksin dan kalau kita yakin mengenai imuniti kelompok, kita lengkapkan bukan 80 peratus tetapi 100 peratus pada mereka yang terlibat dengan Parlimen dan di Dewan Rakyat.

Iklan

"Pada masa sama, kita masih lagi pakai pelitup muka dan ada dinding plastik di kiri kanan ahli parlimen. Jadi pada saya Parlimen hibrid ini adalah opsyen yang kedua. Opsyen yang pertama pada pandangan saya adalah Parlimen bersemuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar edisi ke-264 bertajuk ‘Parlimen Hibrid: Solusi Buat MP’ yang diacarakan oleh Edlyanna Hanie Abu Hamid dan disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Turut bersama pada acara tersebut ialah,Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Pakar Perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof.

Bagi membolehkan persidangan secara bersemuka dilakukan, Ahmad mencadangkan supaya kesemua pegawai dan staf yang berkaitan di Parlimen diberikan vaksin dengan segera.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak yang khuatir akan kedudukan mereka sekiranya Parlimen dibuka tidak perlu bimbang mengenai perkara tersebut sekiranya mereka benar-benar ikhlas untuk mendengar suara rakyat.

"Tetapi sebagaimana tahun sudah pun ada undi percaya dan ada undi tidak percaya dicatat dalam kita punya peraturan mesyuarat, jadual dan sebagainya. Tetapi undi tidak percaya tidak pernah dapat dibentang dan undi percaya pun tidak dapat dibentang.

"Dan tidak perlu dibentang apabila kita ada perkara lain yang lebih penting pada ketika itu untuk meluluskan Belanjawan contohnya.

"Jadi jangan risau tentang kedudukan 112 sokongan itu kalau kita betul-betul ikhlas untuk mendengar suara rakyat yang diwakili oleh wakil rakyat,” ujarnya.