JOHOR BAHRU - Polis Johor telah mengeluarkan 409 kompaun dengan nilai keseluruhan RM1.3 juta dalam Op Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sejak Sekatan Pergerakan Penuh bermula 1 Jun lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sehingga Khamis, 398 individu serta 11 buah kilang dan syarikat telah dikenakan kompaun.
Iklan
Iklan
"Antara kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan adalah gagal memakai pelitup muka, gagal mengimbas aplikasi MySejahtera, gagal menjaga penjarakan, penumpang berlebihan dalam kenderaan dan tidak mengimbas suhu badan ketika masuk premis.
"Walaupun kompaun tinggi dikenakan, jumlahnya boleh dikurangkan bergantung kepada kategori kesalahan dan tempoh bayaran dibuat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada Jumaat.
Jelas Ayob, sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh, sebanyak 470 pasukan pemantauan pematuhan SOP telah ditubuhkan dan diatur gerak secara aktif dengan kekuatan seramai 1,598 pegawai dan anggota.
Selain itu, premis meliputi pasar raya, restoran, pusat komersial, pusat perindustrian, rumah ibadat, pusat sukan dan rekreasi, terminal pengangkutan, pusat pendidikan, premis penjaja dan sebagainya turut diperiksa bagi memastikan tahap kepatuhan SOP mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Artikel Berkaitan