NGO harap diberi peluang menghadap Agong

Iklan
Kenyataan media Fomca.

SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO) perlu diberi peluang menghadap Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyampaikan pandangan mengenai situasi semasa dan kesejahteraan rakyat.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr Marimuthu Nadason berkata, NGO adalah pihak yang lebih dekat dengan rakyat dan memahami penderitaan mereka.

Iklan
Iklan

"FOMCA berpendapat bahawa NGO merupakan institusi yang mempunyai mata dan telinga sebenar kerana organisasi ini bersifat bebas daripada keuntungan.

"FOMCA misalnya sebagai organisasi pengguna nasional berterusan dan konsisten dalam menyuarakan penderitaan pengguna dari segi masalah kewangan isi rumah pengguna serta kos sara hidup.

Iklan

"Selain itu, FOMCA turut menyuarakan kualiti hidup pengguna dan juga kekecewaan pengguna terhadap urusan vaksinasi yang perlahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Marimuthu menjelaskan, FOMCA konsisten menyuarakan pandangan rakyat mengenai kesan serius terhadap sumber pendapatan dan kualiti hidup rakyat akibat krisis pandemik Covid-19.

Iklan

"Kami telah menyatakan kebimbangan mengenai isu kehilangan pekerjaan, sumber pendapatan, pemulihan ekonomi yang perlahan serta pengurangan pelaburan asing yang memberi kesan negatif kepada tenaga kerja semasa.

"Begitu juga dengan NGO lain yang menumpukan kepada kumpulan rakyat berbeza seperti pekerja, wanita, individu dan keluarga berpendapatan rendah, kumpulan kurang upaya serta kumpulan rentan lain.

"Mereka lebih faham dengan situasi kumpulan pengguna dan berupaya memberi cadangan lebih baik demi kesejahteraan kumpulan pengguna tumpuan mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, FOMCA kata beliau, mendapati terdapat jurang besar antara situasi dan penderitaan rakyat di lapangan dengan apa yang dilihat oleh ahli politik.

Menurutnya, setiap parti politik memiliki pandangan tersendiri terhadap situasi rakyat dan tindakan mengatasi masalah tersebut.

"Sejak beberapa hari lepas, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima barisan ahli politik, baik daripada pihak yang memerintah dan pihak pembangkang bagi mendapatkan maklumat semasa berkenaan situasi negara serta situasi wabak Covid-19.

"Ahli politik tentunya akan mengemukakan pandangan kepada Seri Paduka Baginda berdasarkan ideologi dan kedudukan parti masing-masing,” jelasnya.