80 peratus petugas media di Perak telah divaksin

Iklan
Sebahagian pengamal media di Perak yang menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 pada Jumaat.

IPOH - Seramai 102 pengamal media di Perak selesai menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 pada Jumaat.

Jumlah itu mewakili 80 peratus daripada keseluruhan jumlah sebenar petugas media di Perak membabitkan wartawan, jurufoto dan jurukamera daripada pelbagai agensi.

Iklan
Iklan

Pengerusi Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP), Sayed Mohd Hesham Syed Idris berkata, kesemua mereka yang terlibat menerima suntikan Pfizer-Biontech di tujuh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri dengan PPV Stadium Indera Mulia di Ipoh mengumpulkan petugas media paling ramai iaitu sekitar 60 orang.

"Baki 20 peratus lagi petugas media dijadualkan akan menerima suntikan vaksin pada minggu hadapan.

Iklan

"Proses imunisasi kalangan kumpulan petugas media ini merupakan satu keperluan penting agar dapat membantu pembentukan imuniti kelompok, terutama dalam industri media itu sendiri yang memerlukan mereka bertemu rakan setugas dan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri terutama Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad serta Jabatan Kesihatan negeri yang telah membantu mempercepatkan proses imunisasi kalangan petugas media di Perak.

Iklan

Katanya, penghargaan juga diberikan kepada Jabatan Penerangan Negeri yang turut sama membantu memastikan proses pemberian vaksin kepada kalangan media berjalan lancar.

"Diharap pemberian vaksin ini dapat memberi lebih keyakinan kepada pengamal media untuk bertugas selepas ini.

"Dalam masa sama, semua petugas media dapat terus mengekalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan tugas di lapangan selari dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membendung penularan jangkitan Covid-19," katanya.

Pada Khamis Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming memberitahu, seramai 123 petugas media di Perak yang disenaraikan menerima notifikasi janji temu untuk suntikan vaksin Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Petugas media di Perak mula terima suntikan vaksin esok

Segerakan vaksin petugas media Perak: PPMP