Sukarelawan AirAsia layan penerima vaksin bak penumpang pesawat

Iklan
Lengkap beruniform dan menyambut kehadiran penerima vaksin dengan senyuman mesra dari dari stesen pertama hingga yang terakhir, siapapun akan merasakan mereka seolah-olah berada berada dalam pesawat.

KUALA LUMPUR - Umpama mengubat kerinduan berada di lapangan terbang. Begitulah antara situasi yang boleh digambarkan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Pusat Konvensyen Setia City, apabila AirAsia Allstars memulakan tugas sebagai sukarelawan di situ sejak semalam.

Lengkap beruniform dan menyambut kehadiran penerima vaksin dengan senyuman mesra dari dari stesen pertama hingga yang terakhir, siapapun akan merasakan mereka seolah-olah berada berada dalam pesawat.

Iklan
Iklan

Ketua Kru Kabin AirAsia Malaysia Nurul Tiara Rosli yang bertugas di PPV KLCC berkata, antara tugasan bukan perubatan yang mereka galas termasuklah mengalu-alukan kedatangan penerima vaksin, pemeriksaan dokumen dan status MySejahtera, serta memberikan taklimat mengenai gejala selepas menerima suntikan vaksin.

Namun antara yang menarik perhatian ramai apabila, mereka membuat pengumuman menggunakan nada dan intonasi sama seperti ketika menyampaikan maklumat penerbangan di lapangan terbang.

Iklan

"Ada yang ingin mengambil swafoto bersama, malah paling seronok sewaktu mereka dengar pengumuman kami, ramai yang keluarkan telefon masing-masing dan rakam serta ambil gambar,” katanya ketika dihubungi.

Turut teruja dapat menyarung pakaian uniformnya, Nurul Tiara yang sudah tujuh tahun menjadi kru kabin berkata, kesemua mereka juga telah diberi taklimat berhubung perjalanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, supaya operasi di setiap PPV berjalan lancar.

Iklan

Sedar ramai yang rindukan untuk kembali melancong, beliau menjelaskan, inilah masanya untuk rakyat sedar bahawa vaksinasi amat diperlukan untuk mencapai imuniti kelompok, bagi membolehkan aktiviti ekonomi negara termasuk pelancongan dalam dan luar negara dapat dipulihkan.

Seorang lagi kru kabin Airasia Mohd Suhairi Zakaria pula menceritakan kepuasannya apabila berpeluang membantu melicinkan proses perjalanan di PPV termasuk membantu seorang warga emas berkerusi roda dari awal hingga akhir proses suntikan vaksin.

Berbangga dapat menyumbang tenaga bagi memastikan kelancaran progam itu, Mohd Suhairi berpendapat, kepakaran dari aspek komunikasi dengan penumpang pesawat sebelum ini amat memudahkan kerja mereka di PPV berkenaan, apabila ia turut sama dipraktikkan kepada penerima vaksin.

Menjengah ke laman sosial pula, rata-rata warganet memberi reaksi positif dengan video memaparkan kru kabin AirAsia yang membuat pengumuman.

Antaranya pengguna Tiktok @WakMustarjo:"Wow...anda membuatkan orang yang nak cucuk vaksin rasa macam nak pergi ‘travel’, macam kat ‘airport’,” manakala @username pula menulis:"Kalau dapat vaksin kat sini nak bawak luggage dengan tiket flight.”

Dianggarkan, lebih 300 AirAsia Allstars menjadi sukarelawan di dua PPV berkenaan.

Mereka terdiri daripada jurutera, kakitangan darat dan pegawai pejabat, serta pihak pengurusan yang menjalankan tugas bukan perubatan.

Jumlah sukarelawan itu juga akan ditambah kepada 1,000 orang pada masa akan datang. -Bernama