Hishammuddin anggap spekulasi bakal PM khabar angin

Iklan
Tangkap layar Twitter milik Hishamuddin berhubung perkara itu pada Jumaat.

SHAH ALAM - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menganggap spekulasi yang mengatakan beliau bakal menjadi perdana menteri adalah sebagai khabar angin.

Menurut Ahli Parlimen Sembrong itu, beliau tidak akan melayan sebarang khabar angin sebaliknya mahu terus memberi tumpuan terhadap usaha memulihkan ekonomi negara dan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Seperti yang dinyatakan dalam artikel, ini adalah khabar angin dan saya tidak melayan sebarang khabar angin.

"Kita sepatutnya memberikan tumpuan terhadap Covid-19 dan mengukuhkan ekonomi," katanya dalam satu hantaran di akaun Twitternya pada Jumaat.

Iklan

Pada Khamis, sebuah portal berita melaporkan Hishamuddin bakal dilantik menjadi perdana menteri ke sembilan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Portal itu dilaporkan mendakwa, Hishammuddin akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri terlebih dahulu sebelum menggantikan Muhyiddin yang akan melepaskan jawatan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Iklan

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa bakal bergandingan dengan Hishamuddin sebagai timbalan perdana menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO nafi pecat Hishammuddin