PATI dicekup ketika bersembunyi di lokasi transit

Iklan
Antara PATI dipercayai bersembunyi di lokasi transit ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi terancang berasingan sekitar Kampung Tawau Lama, Tawau awal pagi Jumaat.

TAWAU - Sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai bersembunyi di lokasi transit ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi terancang berasingan sekitar Kampung Tawau Lama, awal pagi Jumaat.

Dalam operasi pada jam 5.05 pagi, sembilan PATI berusia antara 14 hingga 42 tahun yang juga warga Indonesia itu ditemui bersembunyi di sebuah rumah tidak bernombor dan kebun pisang di kawasan kampung terbabit.

Iklan
Iklan

Pegawai Memerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Mohd Nazari Ismail berkata, serbuan di rumah terbabit menahan tiga lelaki serta dua wanita yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk berada di negara ini.

"Pada jam 5.35 pagi, pasukan serbuan memeriksa satu lagi lokasi disyaki dijadikan tempat transit bagi PATI di kampung terbabit dan menahan dua lagi lelaki dan dua wanita tidak mempunyai pengenalan diri," katanya dalam satu kenyataan pada malam Jumaat.

Iklan

Mohd Nazari berkata, semua individu itu dibawa ke Balai Polis Tawau untuk tindakan lanjut dan kes akan dirujuk ke Jabatan Imigresen Tawau atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1961.

Beliau dalam pada itu meminta masyarakat setempat menyalurkan maklumat berhubung penyeludupan PATI melalui aplikasi WhatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197

Iklan