Budak empat tahun nyaris dipatuk ular tedung selar

Iklan
Mohd Hamdan (kiri) dan rakan-rakannya menunjukkan ular tedung selar sepanjang 3.9 meter yang ditangkap di Kampung Kuala Pertang, Kuala Krai.

KUALA KRAI - Berpantang maut sebelum ajal, nasib seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang terselamat daripada dipatuk seekor ular tedung selar sepanjang 3.9 meter di Kampung Kuala Pertang, di sini pada Jumaat.

Kejadian berlaku pada jam 6 petang ketika Muhammad Amsyar Muharam Mohd Doli, baru sahaja selesai membuang air kecil berhampiran reban ayam ditemani neneknya, Norizan Ibrahim, 56.

Iklan
Iklan

Ibu kanak-kanak berkenaan, Siti Naimah Zul Adnan, 29, berkata, ketika itu dia baru selesai membersihkan belakang rumah ibunya yang tidak jauh dari reban ayam itu.

"Tiba-tiba saya ternampak ular itu berada dalam keadaan kembang dan bersedia untuk menyerang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Iklan

Menurutnya, terkejut dengan kejadian itu dia terus berteriak dan ibunya terus mengambil Muhammad Amsyar.

Muhammad Amsyar Muharam

Katanya, dia bersyukur apabila Muhammad Amsyar terselamat dalam kejadian itu.

Iklan

"Saya terus menghubungi Raja Ular Kuala Krai, Mohd Hamdan Mahadi untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Sementara itu, Mohd Hamdan, 35, berkata, sejurus menerima panggilan itu dia bergegas ke lokasi untuk menangkap reptilia tersebut.

Katanya, ketika tiba di lokasi dia mendapati reptilia itu sedang 'membaham' ular tedung senduk.

"Alhamdulillah, dengan kepakaran dan pengalaman yang ada saya berjaya menangkap tedung selar itu dalam beberapa saat

"Saya membawa ular tedung selar itu ke kawasan Hutan Ulu Tembeling, Batu Mengkebang untuk dilepaskan ke habitat asal," katanya.