MB Terengganu berkain pelikat ke pasar

Iklan
Orang ramai mengambil peluang merakam gambar swafoto bersama Ahmad Samsuri.

MARANG - Lawatan santai secara mengejut Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ke pasar mingguan di Rusila menarik perhatian peniaga dan pengunjung yang berada di pasar berkenaan, pagi tadi.

Antaranya, termasuklah golongan belia berusia sekitar 20-an yang dilihat berebut rebut untuk merakam gambar swafoto bersama dengan pemimpin nombor satu negeri Terengganu itu di pasar berkenaan.

Iklan
Iklan

"Bukan senang hendak jumpa orang besar datang ke pasar begini dengan berkain pelikat sahaja,” kata Ahmad Nazaruddin, 25, yang kemudiannya disambut secara spontan seorang peniaga berdekatannya.

"Peniaga juga kagum dengan Menteri Besar yang datang ke kedai macam ini. Peniaga nampak suka keadaan ini, cara Menteri Besar ini dapat mengeratkan hubungan," kata peniaga terbabit, Zakaria Abdul Rahman, 70.

Iklan

Sebelum itu, ADUN Rhu Rendang itu hadir mendengar kuliah dhuha disampaikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang di Masjid Rusila.

Dalam lawatannya ke pasar mingguan paling lama beroperasi di daerah ini, Ahmad Samsuri sempat bertanya khabar dan berbual mesra dengan peniaga dan pengunjung pasar pagi itu.

Iklan

Jelas jawatan tinggi dalam kerajaan negeri tidaklah menjadikan pemimpin Pas itu mudah lupa diri malah kehidupannya dikatakan tidak banyak berubah seperti kehidupan seharian sebelum ini.