Wanita terkejut bayi tertukar di hospital

Iklan
Siti Jamumall memaklumkan tertukar bayi apabila melihat tag nama di kaki anak itu.

SHAH ALAM - Seorang wanita terkejut apabila mendapati bayi yang dilahirkannya tertukar selepas dibawa pulang ke rumah dari sebuah hospital swasta di sini.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall memberitahu, dia telah melahirkan seorang bayi lelaki pada Jumaat jam 2.36 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara tersebut dikesan setelah dia pulang dari hospital apabila suaminya membaca tag nama yang terdapat pada bayi tersebut.

"Bila saya balik, suami saya cabut tag pada kaki bayi dan suami hampir buang tag. Nasib baik baca nama tag kaki, tapi bila tengok nama ibu di tag kaki, nama ibu lain iaitu Dianah.

Iklan

"Ini bukan drama, ini realiti. Sebelum ini hanya tengok drama anak tertukar, tapi kini jadi betul-betul kepada diri saya,” katanya pada Sabtu.

Dia melaporkan mengenai kejadian itu menerusi siaran langsung secara live di akaun Facebook Jamumall.com.

Iklan

Ketika siaran langsung itu, pasangan suami isteri berkenaan dalam perjalanan untuk menghantar bayi tersebut ke hospital.

Siti Jamumall berkata, dia mula berasa tidak sedap hati apabila bayi tersebut lebih ringan dari jangkaan setelah bangun daripada tidur pada pagi Sabtu.

Menurutnya, bayi yang tertukar tersebut seberat 2.31 kilogram ketika dilahirkan di hospital tersebut.

"Saya tanya kepada suami, betul ke ini anak kita ? Ujarnya.

Mengulas lanjut, dia berkata, bayinya pada ketika ini masih berada di hospital berkenaan kerana Dianah masih belum mendapat pelepasan daripada pihak hospital.

"Alhamdulillah bayi saya masih ada. Kalau nak ikutkan Dianah dah keluar,” katanya.

Sehingga berita ini dilaporkan masih belum terdapat sebarang maklumat yang lebih terperinci berhubung kejadian tersebut.

Siaran langsung yang dilakukan oleh Siti Suriani itu mendapat sebanyak 95,000 tontonan dan 50,000 komen.