Pemain Denmark, Christian Eriksen rebah ketika perlawanan menentang Finland

Iklan
Insiden itu berlaku ketika perlawanan Kumpulan B Euro 2020 menentang Finland.

[DIKEMASKINI] SAINGAN Kumpulan B Euro 2020 melibatkan pertemuan Denmark menentang Finland di Stadium Parken, Copenhagen terpaksa dihentikan selepas tonggak tuan rumah Christian Eriksen rebah di atas padang.

Bintang sensasi Inter Milan berusia 29 tahun tersebut tumbang secara tiba-tiba semasa perlawanan menuju masa rehat ketika kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Iklan
Iklan

"Perlawanan Kumpulan B Euro 2020 melibatkan pertemuan Denmark menentang Finland ditangguhkan akibat kecemasan perubatan," kata UEFA dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan