WALES disifatkan tampil dengan corak permainan berani apabila bangkit untuk mengikat Switzerland 1-1 pada aksi Kumpulan A Euro 2020 di Stadium Olimpik pada Ahad.
Kapten The Dragons, Gareth Bale berkata, aksi kedua-dua pasukan cukup seimbang biarpun lawan memiliki beberapa peluang untuk menambah jaringan pada perlawanan di Baku tersebut.
Iklan
Iklan
"Sejujurnya, kami tidak terlalu kecewa dengan keputusan seri dicatat dalam perlawanan ini, apatah lagi kedua-dua pasukan tampil dengan keazaman tinggi untuk meraih mata berharga pada perlawanan pertama masing-masing.
"Sebaliknya kami positif dengan kesungguhan dan karakter dipamerkan setiap pemain-pemain untuk bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan satu gol.
"Biarpun begitu, kami perlu bekerja dengan lebih keras untuk mencatat keputusan lebih positif dalam dua perlawanan selepas ini," katanya.
Switzerland terlebih dulu berada di depan hasil jaringan Breel Embolo pada minit ke-49 sebelum Kieffer Moore meledak jaringan pada minit ke-74 untuk mengikat lawan.
Artikel Berkaitan