Moyes, West Ham United berpisah tiada

Iklan
David Moyes

PENGENDALI West Ham United, David Moyes ditawarkan kontrak selama tiga tahun selepas mengemudi kelab sensasi London tersebut di kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Moyes, 58 tahun kelahiran Scotland tersebut melepasi sasaran musim kedua bersama The Hammers sekaligus menempah slot ke saingan Liga Europa musim depan apabila mengakhiri saingan liga dengan pungutan 65 mata paling tinggi sepanjang berada dalam liga elit.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, Moyes pada musim pertamanya bersama The Hammers selepas menggantikan Manuel Pellegrini pada Disember 2019, berjaya mengemudi kelab tersebut keluar dari zon penyingkiran.

"West Ham United berjaya membuktikan kemajuan mendadak dalam tempoh 15 bulan yang mana adalah hasil kerjasama bersepadu semua pihak di kelab ini.

Iklan

"Kita perlu terus kekal konsisten dan berani mengharungi cabaran baharu dalam usaha memastikan kemajuan kelab pada masa depan.

"Sejujurnya, saya amat gembira dengan kerana masih dapat bersama kelab ini untuk bekerja dengan lebih keras dalam memastikan semua penyokong The Hammers mempunyai kenangan terindah bersama kelab ini," katanya.

Iklan

Moyes, semakin menghampiri perlawanan ke-100 bersama West Ham United dan perlawanan kompetitif ke-1,000 sebagai pengurus sekaligus memberi imej baharu selepas mengharungi musim hambar bersama Manchester United, Real Sociedad dan Sunderland.