Ceferin tabik komuniti bola sepak

Iklan
Pemain Denmark memberi pertolongan kecemasan segera kepada Eriksen selepas pemain tersebut rebah semasa aksi Kumpulan B Euro 2020 Denmark menentang Finland di Stadium Parken, Copenhagen. - Foto AFP

PRESIDEN Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin memuji kesatuan dalam kalangan komuniti bola sepak semasa insiden melibatkan tonggak Denmark, Christian Eriksen, ketika aksi Euro 2020 menentang Finland.

Bintang Inter Milan, Eriksen tumbang di atas padang beberapa minit sebelum berakhirnya babak pertama aksi Kumpulan B di Copenhagen.

Iklan
Iklan

Tindakan pantas rakan sepasukan membentuk perisai perlindungan di sekeliling Eriksen ketika pasukan perubatan memberikan bantuan sebelum pertandingan ditangguhkan sementara.

"Situasi seperti ini adalah penting untuk semua meletakkan nyawa sebagai perspektif utama. Saya mengharapkan Eriksen akan sembuh kembali dengan segera, selain keluarga Eriksen tabah mengharungi dugaan ini.

Iklan

"Selama ini kesatuan dalam kalangan komuniti bola sepak adalah kuat, ini jelas seperti dipamerkan dalam insiden Eriksen.

"Saya dapat dengar penyokong Denmark dan Finland melakukan chant menyebut nama Eriksen. Sesungguhnya bola sepak itu sesuatu yang indah dan Eriksen memperindahkan permainan tersebut," katanya.

Iklan

Insiden menimpa Eriksen itu menyebabkan perlawanan tersebut ditangguhkan sementara sebelum kedua-dua pasukan bersetuju menyambung baki perlawanan selepas situasi terkawal tidak lama selepas itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Eriksen stabil, jalani rawatan di hospital

Pemain Denmark, Christian Eriksen rebah ketika perlawanan menentang Finland

Pada perlawanan itu, jaringan minit ke-60, Joel Pohjanpalo membolehkan Finland membawa pulang tiga mata pertama mereka apabila menewaskan Denmark 1-0.

Kesatuan Bola Sepak Denmark (DBU) dalam laporan terkini menyatakan Eriksen telah sedar dan sedang menjalani pemeriksaan perubatan susulan.

Dalam pada itu, Pengarah DBU, Peter Moller berkata, Eriksen telah pun menghubungi pegawai DBU dan pemain-pemain Denmark memaklumkan situasinya.

Moller juga menyifatkan rawatan pantas diterima bekas pemain Tottenham Hotspur tersebut semasa di stadium telah menyelamatkan nyawa pemain tersebut.