SEMENYIH - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah menyenarai pendek beberapa nama bagi mengisi jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalannya, kata Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata senarai nama berkenaan dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh sehari dua ini.