NEW DELHI - Jumlah kes Covid-19 di India meningkat kepada 29,439,989 pada Ahad, dengan sebanyak 80,834 lagi kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam, kata kementerian kesihatan.
Selain itu, 3,303 pesakit meninggal dunia sejak pagi Sabtu menjadikan jumlah korban kini seramai 370,384 orang, lapor Agensi Berita Xinhua.