JOHOR BAHRU - Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Hospital Permai, Jalan Tampoi di sini, yang mampu menempatkan sehingga 585 pesakit mula beroperasi pada Ahad.
Menerusi hantaran dan gambar yang dimuat naik di laman Facebook Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor, PKRC awam kedua itu akan menempatkan pesakit wanita, ibu mengandung dan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.