KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori melecur di sebelah tangan kiri dalam insiden kebocoran gas oksigen di Blok Kejuruteraan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata insiden berlaku pada kira-kira 6 petang dan seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta BBP Jalan Tun Razak dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan.